syukur terhadap illahi kerana diriku dapat lagi menghirup udara yang segar dan dipanjangkan umur olehNya...tak terbalas segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh kedua ibu bapaku kerana telah mengandungkan dan telah membesarkan diriku sehingga menjadi manusia.....segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh kedua ibu bapaku ini hanya Alla swt sahaja yang dapat membalas mereka selama ini...
ku dilahirkan daripada keluarga yang sederhana kerana kedua ibu bapaku hanyalah sebagai petani...emak dan ayahku daripada bangsa@suku yang berbeza iaitu mak ku daripada suku@bangsa rungus manakala bapaku kedayan@brunei....ku berasa bangga pada diriku sebab lahir daripada suku yang berbeza dan pelbagai adat dan pertuturan yang dapat ku terapkan dalam perjalanan hidup harian ku....
kediaman keluarga ku terletak di sebuah pulau yang boleh dikatakan amatlah indah..hehehe iaitu pulau banggi...pulau ini istimewa ku katakan sebab ia berada di utara sabah, dan bersepadan dengan filipina dan menjadi pulau yang terbesar di malaysia taw heheh..malah suku etnik yang terdapat di pulau ini juga amat banyak.....mesti orang fikir banggi ini terletak di selangor tetapi tidak kerana bangi di selangor adalah di tengah daratan manakala pulau banggi dikelilingi lautan.....
hobi diriku ialah memburu, bermain bola sepak dan aktiviti lasak menjadi kegemaranku hehehheh...walaupun diriku ini bergelar pelajar tetapi jika berada di kampung aktiviti harian ku seperti orang kampung biase manakala jika kembali ke kolej menjadi seorang pelajar yang berdedikasi.. hehheheh...beza skit ngan orang len....



0 comments:
Post a Comment